Ramai yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam
hadis yang mengisahkan perbedaan darajat kaum wanita dan lelaki.
Perbedaan-perbedaan ini yang menaikan darajat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut
diuraikan di bawah ini :-
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari
dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darajatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah
akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.
12.Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak
terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di
kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat
seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita
setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah
Artikel dari Grup ‘Aku cinta baca Qur’an-Hadist & Kisah
teladan-Hikmah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar