"ALLAH
mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan
sifat-sifat
ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna
itu."
- (Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah:
"Serulah
ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru.
Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah
ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna
(nama-nama yang
baik)"- (Surah
Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia
berkata Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah
s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa
menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" -
Riwayat
Bukhari
Adapun ASMA-UL-HUSNA
adalah
merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang
terkandung
didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama
tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui
dibawah
ini:
ALLAHU
Ertinya Yang
mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan
dimurahkan
rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang
fardhu,
maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR RAHMAANU
Ertinya
Kasihsayang kepada
hambaNya
didunia.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak
100 kali,
Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR RAHIIMU
Ertinya Yang
Kasihsayang kepada orang-orang mukmin
pada hari Akhir
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah
hatinya
akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah
s.w.t.
AL MALIKU
Ertinya Yang
Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian
daripada
fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau
dengan
pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
AL QUDDUUSU
Ertinya Yang
Maha
Suci
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika
tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih
hatinya,
dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan
daripada
bala.
AS SALAAMU
Ertinya
Sejahtera
daripada kekurangan
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau
136 kali
dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan
dengan
mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan
khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada
sakitmya.
AL MU'MINU
Ertinya Yang
Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang
merasa
ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang
ditakutkannya,
dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah
imannya.
AL MUHAIMINU
Ertinya Yang
Sangat
Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat
(terutama
diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya
dan tetap
bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali
setelah
sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ
Ertinya Yang
Menyalahkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari
dan
yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan
dikayakan dan
dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak
dihajatkan
dia kepada seseorang dari makhlukNya.
AL- JABBAARU
Ertinya Yang
Sangat
Gagah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali
pada
pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah
s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL MUTAKABBIRU Ertinya
Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah
orang
yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL KHAALIQU
Ertinya Yang
Menciptakan
MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali,
Insyaallah akan
diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan
hartanya atau
lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000
kali,
Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah
s.w.t..
AL BAARI-U
Ertinya Yang
Menerbitkan
Makhluk.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah
ia
akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam
kubur, dan
barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam
berturut-turut
dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan
segala
penyakit dalam tangannya.
AL MUSHAWWIRU Ertinya
Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah
akan
menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL GHAFFAARU
Ertinya
Sangat
Mengampuni.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat,
Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
AL QAHHAARU
Ertinya Yang
Sangat
Keras.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih,
Insyaallah
keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah
s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah
s.w.t.
atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali
kemudian
mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah
ditunaikan
hajatnya.
AL WAHHAABU
Ertinya Yang
Sangat
Memberi.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap
selesai
sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih,
Insyaallah akan
dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa
mengekalkan
membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali,
Insyaallah
dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR RAZZAQU
Ertinya Yang
Sangat Memberi
Rezeki.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah
ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki
akan
dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan
apabila
berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang
berzikir
sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi
sebelum
makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan
sempurna.
AL FATTAHU
Ertinya Yang
Membuka Khazanah
Rahmat.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali
dengan
tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan
bercahaya,
dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU
Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima
waktu
sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf
serta
iman yang sempurna.
AL QAABIDHU
Ertinya Yang
Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan
Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar
dari
pengancamnya.
AL BAASITHU
Ertinya Maha
Melapangkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan
diluaskan
rezeki dan ilmunya.
AL KHAAFIDHU
Ertinya Yang
Menurunkan.
KHASIATNYA:
Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih
(berwuduk)
sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan
penentangnya serta
dikabulkan hajatnya.
AR RAAFI'U
Ertinya Maha
Mengangkat.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali,
pasti
hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL MU'IZZU
Ertinya Maha
Menang dan memberi kepada yang
dikehendakiNya.
KHASIATNYA:
Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari
sebanyak
140 kali.
AL MUDZILLU
Ertinya Yang
Merendahkan atau
Menghinakan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud
sebutkan
namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan
apabila
dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan
ditolakkan
musuh daripadanya.
AS SAMII'U
Ertinya Maha
Mendengar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari
Khamis,
maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.
dan
akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau
pendengarannya akan
menjadi baik.
AL BASHIIRU
Ertinya Maha
Melihat.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti
fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL HAKAMU
Ertinya Yang
Menetapkan Hukum-hukum
MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis
sebanyak 68
kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu
agama.
AL'ADLU
Ertinya Yang
Maha
Adil.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia
akan
menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain
kepadanya.
AL LATHIIFU
Ertinya Yang
Maha
Halus.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau
perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL KHABIIRU
Ertinya Yang
Maha Mengetahui atau
Waspada.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali,
Insyaallah
akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL HALIIMU
Ertinya Maha
Penyayang dan
Penyabar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan
dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU
Ertinya Maha
Agung.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit
akan segera
sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU
Ertinya Maha
Pengampun.
KHASIATNYA:
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3
kali,
Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU
Ertinya Yang
Sangat
Syukur.
KHASIATNYA:
Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau
penat badan
atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada
badannya
atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU
Ertinya Yang
Maha Tinggi
Martabatnya.
KHASIATNYA:
Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya
sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil,
Insyaallah dia
akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU
Ertinya Yang
Maha
Besar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat
sebanyak
1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya,
pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan
hasil
rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU
Ertinya Yang
Maha
Memelihara.
KHASIATNYA:
Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam,
dibaca
sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala
gangguan
tersebut diatas.
AL MUQI ITU
Ertinya Yang
menjadikan
makanan.
KHASIATNYA:
Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan
itu (bacalah
sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU
Ertinya Yang
Menghisab atau
Menghitung.
KHASIATNYA:
Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca
setiap
selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang
(sesudah
sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau
pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU
Ertinya Yang
Maha Agung dan
Mulia.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti
usahanya,
pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat
menghairankan.
AL KARIIMU
Ertinya Mulia
atau Yang Maha
Pemurah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak
270 kali
atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia
akirat.
AR RAQIIBU
Ertinya Yang
Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala
harta dan
barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU
Ertinya Yang
Memperkenankan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55
kali,
Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah
s.w.t.
AL WAASI'U
Ertinya Maha
Luas
KepunyaanNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128
kali
pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL HAKIIMU
Ertinya Yang
Maha Bijaksana
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam)
sebanyak
300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan
mudah
akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU
Ertinya Maha
Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan
segala
hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam
rumahtangga.
AL MAJIIDU
Ertinya Yang
Maha Mulia dan Maha
Luhur.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman
dan
tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU
Ertinya Maha
membangkitkan
makhlukNya
dihari
kemudian.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti
Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY SYAHIIDU
Ertinya Maha
Menyaksikan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan
orang atau
keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU
Ertinya Maha
Besar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin
bertambah.
AL WAKIILU
Ertinya Maha
Melaksanakan Urusan
MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir,
angin ribut,
gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan
juga
apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau
lebih,
Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU
Ertinya Yang
Maha
Kuat.
KHASIATNYA:
Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU
Ertinya Maha
Sempurna
KekuatanNya.
KHASIATNYA:
Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca
sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL
QAWIYYU),
Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU
Ertinya Yang
Terpuji.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62
kali,
Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII
Ertinya Yang
Memperhitungkan setiap amal
makhlukNya,
dan Membalasnya.
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian
kepada orang
yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U
Ertinya Yang
Menzahirkan
MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak
470 kali,
Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan
baik.
AL MU'IIDU
Ertinya Yang
Mengembalikan.
KHASIATNYA:
Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap
sebelum
sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan
kehendak dan
izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL MUHYI
Ertinya Yang
Menghidupkan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi
kemuliaan
dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU
Ertinya Yang
Mematikan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat
menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU
Ertinya Yang
Hidup.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari
penyakit.
AL QAYYUUM
Ertinya Yang
Berdiri
Sendiri.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum)
setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta
disenangi kawan
dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU
Ertinya Zat
yang
menemukan apa yang Dia
kehendaki.
KHASIATNYA:
Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU
Ertinya Maha
Agung dan
Mulia.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan
terang
hatinya.
AL WAAHIDU
Ertinya
Mendapat apa
yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali
dalam masa
satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala
hajatnya
akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU
Ertinya Tempat
bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:
Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali
dalam waktu
tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan
dikabulkan
segala macam hajatnya.
AL QAADIRU
Ertinya Maha
Kuasa
atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat
dua
rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL MUQTADIRU
Ertinya Yang
Sangat
Kuasa.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan
mendapat
hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL MUQADDIMU Ertinya
Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA:
Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184
kali
pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang
mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak
akan
mendapat kemudhratan.
AL MUAKHHIRU Ertinya
Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL AWWALU
Ertinya Yang
terdahulu
dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA:
Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali,
Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU
Ertinya Yang
kemudian
dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali,
Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
AZH ZHAHIIRU
Ertinya Maha
Nyata.
KHASIATNYA:
Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu
sebanyak 1106
kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang
dimiliki
oleh orang biasa.
AL BAATHINU
Ertinya Zat
yang Maha
Ghaib.
KHASIATNYA:
Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da
sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan
ilmu-ilmu
yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY
Ertinya Maha
menguasai
dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:
Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya,
pasti
hatinya akan terbuka atau futuh.
AL MUTA'AALII
Ertinya Yang
Maha
Tinggi.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali,
Insyaallah ia
akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU
Ertinya Yang
Maha
Berbuat Baik.
KHASIATNYA: Untuk
memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca
sebanyak-banyaknya.
AT TAWWAABU
Ertinya Maha
Menerima
Taubat.
KHASIATNYA:
Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah
akan
berhasil segala apa yang diinginkan.
AL MUNTAQIMU
Ertinya Zat
yang
berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA:
Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah
sembahyang
fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL 'AFUWWU
Ertinya Yang
memberi
maaf.
KHASIATNYA:
Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal
padanya.
AL MAALIKUL
MULKI
Ertinya Zat
yang
mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA:
Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau
kedudukannya,
dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam
sebanyak 212
kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal
pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
DZUL JALAALI wal IKRAAMI
Ertinya Zat
yang
mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA:
Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa
satu
bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
AL MUQSITHU
Ertinya Yang
sangat
Adil.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari
was-was
syaitan laknatullah dalam ibadah.
AL JAAMI'U
Ertinya Yang
Mengumpulkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah
akan
dikumpulkan segala maksudnya.
AL GHANIYYU
Ertinya Yang
Maha Kaya.
KHASIATNYA:
Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan
orang
lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
AL MUGHNII
Ertinya Zat
yang
memberi kekayaan.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
memjadi
kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
AL MAANI '
U Ertinya
Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA:
Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap
ba'da
sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali,
Insyaallah akan
selamat dari perbuatan mereka itu.
ADH DHAARU
Ertinya Yang
menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA:
Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat
disembuhkan) asma
ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan
kehendak Allah
s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
AN NAAFI '
U Ertinya
Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA:
Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini
dibaca setiap
hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan
hati
ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh
belas
kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN NUURU
Ertinya Yang
menerangi.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan
diterangkan
hatinya dan anggotanya.
AL BADII '
U Ertinya
Yang menciptakan yang belum wujud
sebelumnya.
KHASIATNYA:
Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap
ba'da
sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang
direncanakan.
AL BAAQII
Ertinya Maha
Kekal.
KHASIATNYA:
Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat
banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan
kejatuhan
jumlah, Insyaallah.
AL WAARITSU
Ertinya Yang
kembali
kepadaNya
sekali
makhluk.
KHASIATNYA:
Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707
kali, Insyaallah usaha akan maju.
AR RASYIIDU
Ertinya Yang
Memberi
Petunjuk.
KHASIATNYA:
Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan
petang.
AS SABUURU
Ertinya Sangat
Sabar.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum
tebit
matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk
membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini
dibaca
setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja,
pasti
segala urusan akan berhasil dengan baik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar