Hukum Mengusap Wajah Setelah Solat
Salah satu amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang
sebenarnya masih sangat awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap
wajah setelah solat. Mereka berpendapat bahwa ini adalah bid’ah kerana
Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukan. Maka dari itu, perkara ini
perlulah dijawab secara ilmiah.
Seperti yang telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad
SAW bukan berarti perkara tersebut adalah bid’ah yang sesat @ haram @
kalau melakukan maka akan masuk neraka.
Maka dalam hal ini, seorang ulama pembenteng Ahli Sunnah wal Jamaah
di Indonesia telah menjawab isu ini di dalam kitabnya berjudul al-Hujjaj
al-Qath’iyyah fi Shihhah al-Mu’taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah,
Page 66:
Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah
tangannya setelah setiap kali doa. Telah terdapat di dalam sebagian
Hadis-Hadis seperti berikut:
عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله
عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه
diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW
adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu
mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud,
no. 1275)
Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap
wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara
bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada
Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta’ala. Maka barangsiapa solat maka
dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh
dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya
setelah setiap kali solat.
Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله
صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده
اليمنى ، ثم قال : أشهد
أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA.
berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap
dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: “Aku bersaksi
bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan”
(al-Azkar, 69).
Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya
mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan
bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar